kau si biskut ;

DIA, rasanya semua cukup mengenalinya.semua pasti bertanyakan dia setiap kali nampak aku tanpa dia.semua tahu betapa aku rapat dengan dia, yang mana banyak perkara aku lakukan bersamanya.ye dia yang aku gelar sebagai chipsmore.panggilan chipsmore itu kerana permulaan perkenalan kami dia suka menghilang.kejap ada kejap tade memang macam chipsmore.haha.sedar tak sedar perkenalan kami mengjangkau 3 tahun lebih.ye tempoh perkenalan yang agak lama yang telah memberi kesan besar dalam hidop aku.
kami bukan saja rapat dan boleh buat apa saja bersama tapi juga sering dikenali kerana masalah tak memahami yang buat kami selalu bergaduh.ramai yang pastinya sudah kalis mendengar setiap minggu kami bertikam lidah, bergaduh sesuatu yang kadang-kadang hanyalah perkara kecil.entah mungkin kerana sikap tak memahami dan ego untuk meminta maaf membuat kami bermasalah.tapi tanpa masalah takkan mungkin kami bertahan sehingga hari ini.kerana setiap masalah mematangkan kami.memberi kami lebih erti sebuah kehidupan dan membuat kami lebih mesra kerana kami semakin faham diri masing-masing.
usia 3 tahun di dunia kecil kpm berlalu dengan pantas.dan sekarang aku menjalankan kehidupan di usm tanpa dia di sisi.rindu juga untuk melakukan banyak perkara bersama seperti di kpm.ye jatuh bangun aku bersama dia.dia aku kira sahabat yang sangat baek untuk aku.tapi walaupun di usm tanpa dia,aku maseh ditempatkan dekat dengan dia.di pulau pinang semestinya.negeri kelahirannya.dan ini membuatkan kami senang untuk berjumpa setiap kali ada masa terluang.kerana aku tak dapat lari dari satu perkara, aku perlu dia dalam hidop aku.
cumanya sekarang kami semakin banyak masalah.datang tanpa pernah jemu.tapi aku tak pernah berputus asa untuk terus melakukan yang terbaek.kerana aku tak mahu kehilangan persahabatan ini.maaf awak untuk semua kesaketan yang saya berikan untuk awak.untuk kata-kata kesat yang saya lemparkan tanpa fikirkan perasaan awak.kadang-kadang bila marah sesuatu yang keluar dari mulut tak pernah dapat dihalang.untuk perkara yang awak tak suka tapi saya maseh berdegil teruskan, maaf juga.maaf dan maaf tapi semua itu bukan atas niat untuk menyaketkan.
mungkin saya bukan seorang kawan yang baek.yang boleh berkorban apa saja untuk seorang sahabat.tapi ada satu yang pasti yang saya rasa takkan hilang sampai mati, saya sayang awak sangat-sangat dan selagi saya boleh pertahankan persahabatan ini saya akan terus lakukan.kerana awak cuma satu.tiada yang kedua atau tiganya.awak terbaek dan saya takkan pernah lupa awak walau apa pun yang jadi antara kita.
p/s:thanx untuk maggi goreng dan spaggeti yang awak buat untuk saya.sangat best ok.lepas ni masak lagi taw.hee dah rindu nak mkn sume tu lagi ;p